Tujuh sungai di Pahang rekod paras bahaya
KUANTAN - Sebanyak tujuh sungai di Pahang merekodkan paras air bahaya manakala lima lagi berada pada paras amaran setakat jam 7 petang pada Khamis.
Berdasarkan laporan terkini paras sungai melalui portal Public Info Banjir, lima stesen di Sungai Pahang merekodkan paras bahaya iaitu di stesen Lubuk Pasu Temerloh dengan bacaan terkini 33.86 meter (m) berbanding paras normal 26m, Waterfront, Bera 30.77m (normal 26.50m) dan Kampung Chenor, Maran, 23.60m (normal 16.80m).
Turut merekodkan bacaan paras amaran, Sungai Pahang di stesen Lubuk Paku, Maran dengan catatan 19.84m berbanding normal 11m.
Paras amaran turut direkodkan di Sungai Bera di stesen Jam Sungai Bera dengan 27.01m (normal 21m) dan Sungai Kundang di Jam Sungai Kundang, Maran, 23.83m (normal 17.14m).
Sementara itu, paras air amaran direkodkan di Sungai Pahang, stesen Paya Gintong, Jerantut, Kuala Krau, Temerloh dan Paloh Hinai, Pekan.
Sungai Triang di stesen Taman Agropolitan Chemomoi, Bentong dan Sungai Jengka di Kampung Jengka Batu 13, Maran turut berada pada paras amaran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!