Jalan Pinggiran Putra 1/5 ditutup ditutup 20 hari

Fasa 2 pelan penutupan laluan Jalan Pinggiran Putra 1/5.
Fasa 2 pelan penutupan laluan Jalan Pinggiran Putra 1/5.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Jalan Pinggiran Putra 1/5, di sini akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga 5 April ini bagi memberi laluan kerja pemasangan kabel elektrik dan lampu jalan.

Jurucakap MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) berkata, laluan itu akan ditutup selama 20 hari bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

“Laluan tersebut akan ditutup untuk memberi laluan pemasangan kabel elektrik bagi lampu jalan dan kerja yang berkaitan Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh -Serdang - Putrajaya (SSP).

Fasa 1 pelan penutupan laluan Jalan Pinggiran Putra 1/5.
Fasa 1 pelan penutupan laluan Jalan Pinggiran Putra 1/5.

“Bagi penutupan fasa 1, ketika lorong kiri sepanjang 100 meter ditutup, lorong kanan akan dibuka kepada pengguna jalan raya. Bagi penutupan fasa 2 ketika lorong kanan sepanjang 30 meter ditutup, lorong kiri akan dibuka untuk pengguna jalan raya,” katanya.

Menurutnya, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!