[VIDEO] Datuk dituduh subahat bunuh juruteknik

Tertuduh diiring polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson pada Jumaat.
Tertuduh diiring polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson pada Jumaat.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson pada Jumaat atas pertuduhan bersubahat membunuh seorang juruteknik di Bandar Springhill, Lukut di sini bulan lalu.

Tertuduh, R Ravi, 53, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati bersubahat dengan empat yang telah dituduh di mahkamah sebelum ini dan seorang lagi masih bebas untuk membunuh A Vasudevan, 39.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Springhill 3/3, Bandar Springhill, Lukut di sini antara jam 5.40 pagi hingga 9.45 pagi, pada 13 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan, pemandu lori didakwa culik, bunuh

Dua lelaki hadapi tiga pertuduhan termasuk membunuh

Berikutan itu tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Nur Athirah Zainudin dan tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent dan Revin Kumar.

Mahkamah menetapkan 15 Februari depan sebutan semula kes.

Pada 23 November lalu, media melaporkan M Murugan, 44, yang bekerja sebagai ketua pengawal keselamatan dan Wong Yon Kuan, 43, penganggur didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh, menculik Vasudevan serta menyamar sebagai anggota polis di Bandar Springhill, Lukut.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun tidak pengakuan direkodkan bagi kesalahan membunuh dan melarikan mangsa.

Pada 17 Disember lalu, dua lagi lelaki iaitu A Devadas, 41, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan P Xavier, 43, yang bekerja sebagai pemandu lori telah dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan sama.