Sukarelawan UiTM Perlis bantu mangsa banjir di Selangor

Dr Shukor Sanim (lima, kiri) bergambar bersama pelajar dan staf UiTM cawangan Perlis yang menyertai misi sukarelawan ops pasca banjir ke Selangor.
Dr Shukor Sanim (lima, kiri) bergambar bersama pelajar dan staf UiTM cawangan Perlis yang menyertai misi sukarelawan ops pasca banjir ke Selangor.
A
A
A

ARAU - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis pada Jumaat memulakan misi membantu ke Selangor.

Rektor, Profesor Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi berkata, misi berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Beliau turut menyarankan semua sukarelawan bergabung tenaga membantu mangsa banjir yang terkesan di beberapa negeri bagi meringankan beban yang ditanggung akibat kerosakan bencana itu.

"Inilah masa untuk semua sukarelawan menghulurkan bantuan diperlukan sama ada dalam bentuk tenaga, bekalan makanan mahupun bergotong royong membersihkan persekitaran yang terjejas.

“Selain membantu mangsa banjir, misi ini bertujuan menggalakkan sukarelawan untuk tolong-menolong antara satu sama lain biarpun dari negeri yang tidak terjejas,” katanya selepas majlis pelepasan misi bantuan UiTM cawangan Perlis untuk menyertai misi sukarelawan ops pasca banjir di Anjung Siswa di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dr Ahmad Nizan Mat Noor.

Dr Shukor Sanim berkata, seramai 50 pelajar dan 20 staf UiTM cawangan Perlis menyertai misi terbabit dengan menaiki kenderaan milik UiTM.

“Misi berkenaan turut membawa pelbagai jenis barang keperluan harian yang disumbangkan oleh staf dan orang ramai untuk diberikan kepada mangsa banjir di sana,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!