FDA AS luluskan pil molnupiravir rawat Covid-19

FDA AS meluluskan pengunaan pil antivirus keluaran syarikat farmaseutikal Merck untuk rawatan Covid-19 yang ringan hingga sederhana.
FDA AS meluluskan pengunaan pil antivirus keluaran syarikat farmaseutikal Merck untuk rawatan Covid-19 yang ringan hingga sederhana.
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan pengunaan pil antivirus keluaran syarikat farmaseutikal Merck untuk rawatan Covid-19 yang ringan hingga sederhana.

Ia adalah pil kedua yang diluluskan untuk merawat Covid-19 selepas pil keluaran Pfizer, lapor Xinhua.

Pil dikenali molnupiravir, dibenarkan untuk digunakan kepada orang dewasa dengan keputusan positif ujian virus SARS-CoV-2 dan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan lebih teruk termasuk kemasukan ke hospital atau kematian.

Molnupiravir hanya boleh didapati melalui preskripsi dan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis Covid-19 dan dalam tempoh lima hari selepas mempunyai simptom, menurut FDA.

Pada Rabu, FDA meluluskan pil antivirus Paxlovid Pfizer, pil pertama yang diluluskan untuk rawatan Covid-19 di negara ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!