Ajal motosikal langgar belakang pacuan empat roda

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (km) 5.4 Lebuh Wadi Ehsan di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa berusia 34 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah Presint 14 menuju ke tempat kerja di Jabatan Alam Sekitar, Persiaran Perdana di sini.

"Ketika sampai di satu selekoh berhampiran ‘flyover’, mangsa melanggar belakang sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Frontier warna hitam yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahundi lorong kiri," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Saksi kejadian diminta untuk menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di talian 03-8886 2138 atau pegawai penyiasat trafik, Inspektor Hor Ming Jai di talian 016-510 9977 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!