MBPJ raih pelbagai Anugerah Inovasi Negeri Selangor & Anugerah Gold Class 1
Selari dengan hasrat pembudayaan inovasi sektor awam di negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekali lagi menyertai Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor (MPIPANS) dan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2021.
Lebih membanggakan, kesemua empat pasukan inovasi yang bertanding mendapat kedudukan johan dan naib johan serta pemenang anugerah khas bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Kemenangan yang diraih ini adalah pemangkin untuk menyemarakkan lagi semangat mencapai kecemerlangan di dalam sistem penyampaian melalui inovasi sistem, cara bekerja dan projek- projek yang memberi impak besar kepada kesejahteraan penduduk Petaling Jaya.
Di samping itu, ia turut menjadi inspirasi bagi kakitangan MBPJ untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan kepada warga Petaling Jaya khususnya dan negeri Selangor amnya.
Pembudayaan inovasi ini menjadi agenda penting dan komitmen MBPJ terhadap usaha menyemarakkan lagi budaya inovasi di kalangan pegawai dan kakitangannya.
Majlis akan terus berusaha untuk memperkukuhkan lagi budaya inovasi ini bagi menampilkan lebih banyak idea baru yang akan mempersadakan inovasi ke arah kesejahteraan rakyat di Petaling Jaya.
Anugerah diberi berdasarkan tahap-tahap pencapaian pelaksanaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sesebuah organisasi tersebut dan diberi penarafan dalam bentuk Platinum, Gold, Silver atau Bronze, malah kriteria penilaiannya sangat terperinci dan bertaraf antarabangsa.
Selain menghantar kakitangan untuk menghadiri kursuskursus yang berkaitan dengan OSHE, MBPJ turut melantik ahli jawatankuasa OSHE dan Safety Health Offi cer (SHO) di setiap jabatan.
Majlis juga melancarkan penggunaan aplikasi web portal OSHE untuk pemantauan kontraktor di bawah projek-projek Majlis dan pelaporan ICIX (I See I Act) oleh kakitangan bagi memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan kondusif.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!