624 calon SPM dapat keputusan cemerlang
IPOH - Seramai 624 iaitu 2.06 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 berjaya memperoleh keputusan cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 734 (2.20 peratus) calon pada 2017.
Pengumuman keputusan peperiksaan itu dibuat oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Perak, Mohd Rosli Ahmad di bilik Seri Budi, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, pagi tadi.
Hadir sama, Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Dr Abdul Aziz Bari.
Selepas pengumuman berkenaan, Mohd Rosli kemudiannya mengiringi Abdul Aziz untuk menyampaikan anugerah cemerlang kepada pelajar di Atrium Gemilang, JPN.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!