Kakak lemas ketika cuba selamatkan adik

Mayat mangsa, Siti Aliya Nasuha ditemui oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas pada jam 2.30 petang Jumaat.
Mayat mangsa, Siti Aliya Nasuha ditemui oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas pada jam 2.30 petang Jumaat.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang remaja lemas ketika cuba menyelamatkan adik lelakinya yang dihanyutkan air Sungai Lanchang di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Siti Aliya Nasuha Mohd Rosli, 13, dikatakan terjun ke dalam sungai selepas menyedari adiknya, Mohamad Akid Akmal, 11, dihanyutkan air sungai.

Bapa mangsa, Mohd Rosli Abdullah, 40, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan anak lelakinya yang meminta tolong.

Menurutnya, dia segera terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anak lelakinya dan tidak menyedari anak perempuannya itu turut berbuat demikian.

"Saya juga hampir lemas ketika menyelamatkan Mohamad Akid, namun sempat dibantu oleh seorang penduduk yang turut terjun ke dalam sungai.

"Selepas berjaya menyelamatkan Mohamad Akid, saya diberitahu Siti Aliya juga terjun ke dalam sungai dan dipercayai lemas," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini pada Jumaat.

Mohd Rosli berkata, dia bersama empat anaknya ke kawasan itu untuk memenuhi permintaan anaknya.

Anggota bomba sedang melakukan operasi menyelamat di lokasi mangsa lemas.
Anggota bomba sedang melakukan operasi menyelamat di lokasi mangsa lemas.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini, kami kerap ke sini, namun tidak sangka ini yang menimpa kami sekeluarga," katanya yang reda dengan pemergian anak ketiga daripada enam beradik itu.

Mayat, Siti Aliya Nasuha ditemui oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas pada jam 2.30 petang Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, kejadian itu bukan disebabkan oleh banjir kerana mereka ke lokasi tersebut untuk bermain air.

"Nasihat saya kepada orang ramai supaya sentiasa waspada dan tidak bermain air di musim tengkujuh ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!