15 keluarga terjejas banjir kilat di Gelang Patah, Johor

Sebanyak 15 buah kekuarga terjejas ekoran banjir kilat yang melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor sejak 5 petang tadi. - Foto ihsan APM
Sebanyak 15 buah kekuarga terjejas ekoran banjir kilat yang melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor sejak 5 petang tadi. - Foto ihsan APM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 15 buah kekuarga terjejas ekoran banjir kilat yang melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor sejak 5 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor Bahru, menerusi kenyataan berkata, banjir kilat dipercayai berlaku susulan hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi menyebabkan paras air meningkat di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa tersebut.

Katanya, sehingga jam 7 petang, operasi menyelamat masih dijalankan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor di kawasan terbabit.

"Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat belum dapat dikenal pasti berikutan PPS masih belum dibuka untuk menempatkan mereka, dan operasi menyelamat juga masih dijalankan.

"Namun, dianggarkan sebanyak 30 buah kediaman melibatkan kira-kira 15 buah keluarga terjejas akibat banjir kilat tersebut.

"Bagaimanapun pihak APM akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk memastikan tiada mangsa yang tertinggal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Johor perlu siap sedia hadapi banjir: Bomba

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kejadian dikesan berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat berikutan masalah penyelenggaraan di kawasan tersebut, di samping dikenal pasti sebagai lokasi yang lazim berlakunya banjir kilat.

"Sepasukan anggota APM dikerahkan ke lokasi untuk membuat pemantauan sekaligus operasi menyelamat.

"Operasi masih lagi diteruskan pihak APM susulan cuaca yang masih hujan dikawasan berkenaan," katanya lagi.

Jelasnya, operasi disertai empat anggota APM dan dibantu dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain diperkasa dengan penglibatan seorang pegawai dan 10 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!