LUAS pasang enam pam di tiga lokasi banjir termenung

Pemasangan pam di salah satu lokasi banjir di Kuala Selangor.
Pemasangan pam di salah satu lokasi banjir di Kuala Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memasang enam pam bagi membantu mempercepatkan pengaliran air ke sungai di tiga lokasi banjir di Kuala Selangor.

LUAS menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu berkata, pemasangan pam itu dilakukan di Jalan Surau Parit Mahang, Jambatan besi Jalan Abdul Aziz, dan Kampung Lubok Jaya yang mengalami masalah banjir termenung.

Menurut kenyataan itu, pihaknya bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor membantu dengan meletak serta memasang pam tersebut sejak Rabu lalu.

"LUAS berharap bantuan kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda," katanya.

Setakat Jumaat, sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuala Selangor melibatkan 1,410 keluarga atau 4,946 mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!