Kenderaan hilang, mangsa banjir digesa buat laporan

Amat penting untuk mangsa banjir mengenal pasti pihak yang menunda kenderaan mereka untuk mengelakkan kerumitan di kemudian hari.
Amat penting untuk mangsa banjir mengenal pasti pihak yang menunda kenderaan mereka untuk mengelakkan kerumitan di kemudian hari.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa pemilik kenderaan yang dicuri supaya membuat laporan kepada pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, pemilik boleh datang sendiri ke balai atau meminta anggota datang ke premis masing-masing untuk diambil laporan.

"Pemilik perlu kenal pasti lokasi kenderaan sebelum membuat laporan dan nyatakan tempat letak kereta asal sama ada ia dihanyutkan atau rosak.

"Pastikan sama ada berlaku kecurian pecah masuk dan nyatakan dalam laporan apa yang hilang dari dalam kereta," katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini pada Sabtu.

Tambahnya, amat penting untuk mangsa yang terbabit mengenal pasti pihak yang menunda kenderaan mereka untuk mengelakkan kerumitan di kemudian hari.

"Mangsa perlu kenal pasti sama ada lori tunda dari majlis perbandaran tempatan atau pihak lain. Dapatkan butiran syarikat penunda dan lokasi di mana kereta anda akan dibawa untuk proses pembaikan.

"Ambil gambar kenderaan anda yang rosak dan lebih penting ambil juga gambar kenderaan yang menunda," katanya.

Beliau berkata, maklumat tersebut diperlukan oleh pihak insurans untuk membuat penilaian terhadap kenderaan terbabit.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek curi kereta milik mangsa banjir dicekup

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!