Luruan monsun: Rakyat Sarawak harus bersedia

MetMalaysia mengeluarkan nasihat pada Rabu meramalkan berlaku luruan monsun dengan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.
MetMalaysia mengeluarkan nasihat pada Rabu meramalkan berlaku luruan monsun dengan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.
A
A
A

KUCHING - [DIKEMASKINI] Pejabat Ketua Menteri Sarawak (CMO) menasihatkan rakyat di negeri ini supaya bersiap sedia berikutan ramalan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

CMO dalam kenyataan berkata, orang ramai perlu mematuhi amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terutama penduduk yang tinggal di kawasan terdedah banjir.

“Sewajarnya bersedia untuk kemungkinan dipindahkan seperti arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia mengeluarkan nasihat pada Rabu meramalkan berlaku luruan monsun dengan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

MetMalaysia berkata, berdasarkan analisis sistem cuaca terdapat potensi hujan lebat berterusan dari 27 hingga 29 Disember disebabkan luruan monsun itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!