Lelaki patah kaki jatuh di air terjun Buntong
IPOH - Seorang lelaki patah kaki kanan dan cedera di kepala selepas dipercayai terjatuh dari ketinggian 15 meter di kawasan Air Terjun Buntong, dekat sini, hari ini.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 38 tahun itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.17 petang.
“Anggota yang tiba di lokasi kejadian memberi rawatan awal sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rosli Jamil tamat pada 5.12 petang. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!