Kebun cili banjir
Pengusaha cili Ahmad Irham mengemas selepas kebun cilinya dilanda banjir baru baru ini ketika tinjauan foto Bernama di Kampung Sri Tanjung, Dengkil hari ini.
Situasi banjir di sekitar kawasan Dengkil semakin pulih, seminggu selepas dilanda banjir teruk.
Cuaca juga semakin baik dengan rata-rata penduduk dilihat giat membersihkan rumah, menjemur permaidani dan perabot yang boleh digunakan manakala premis perniagaan seperti kedai makan dan kedai runcit juga telah mula beroperasi.
Tinjauan Bernama mendapati banjir surut sepenuhnya di sekitar Taman Permata, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil dan Kampung Sri Tanjung yang dinaiki air setinggi kira-kira 0.3 meter, Sabtu lepas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!