Percutian yang menjimatkan
MAHU melancong tetapi risau sumber kewangan tidak mencukupi? Jangan bimbang banyak cara yang boleh anda lakukan dalam usaha penjimatan. Tidak kira sama ada anda bergaji besar mahupun kecil, anda tetap masih boleh melancong! Apa yang penting anda pandai menguruskan kewangan mengikut bajet yang ada. Belanja ikut kemampuan!
Berikut merupakan lima tips untuk berjimat apabila anda mahu pergi bercuti:
1) Buat tempahan awal
Rancang percutian lebih awal jika mahu menggunakan pengangkutan udara seperti kapal terbang. Ini kerana harga tikel kapal terbang adalah lebih murah jika menempahnya lebih awal. Lebih sesuai pilih tarikh ketika syarikat penerbangan membuat promosi bagi harga tiket. Sah-sah la anda jimat. Kan Mudah?
Begitu juga dengan tempahan hotel. Kos akan jadi lebih rendah jika tempah awal. Jangan tunggu last minute nanti pihak hotel pasti akan caj lebih mahal.Sebaik-baiknya buatlah tempahan tiga atau empat bulan lebih awal sebelum bercuti.
2) Bercuti luar waktu puncak
Perkara paling penting adalah tarikh percutian, carilah waktu yang tepat. Jangan sekali-kali pilih hari minggu atau cuti umum, pasti menyukarkan anda! Bukan sahaja tiket mahal, bahkan kos tempat penginapan juga tinggi. Paling menyedihkan anda terpaksa bersesak dan berebut dengan orang ramai jika bertumpu di kawasan pusat peranginan.
Jadi, jika nak bercuti, pergilah hari-hari yang di luar musim cuti! Apa kelebihannya? anda boleh minta diskaun dan dapatkan pakej pelancongan yang jauh lebih murah. Harga hotel juga sangat-sangat murah.
3) Bercuti secara berkumpulan
Sekiranya masih bujang, anda boleh melancong secara berkumpulan dengan melancong bersama beberapa rakan ataupun mengikuti trip rombongan percutian. Banyak kos dapat anda kongsi bersama dan pastinya ia lebih menguntungkan. Di antara kos yang dapat dikurangkan adalah kos pengangkutan dan penginapan.
Kebiasaanya, agensi-agensi perlancongan akan beri diskaun untuk pakej percutian bagi tiga orang atau lebih. Jadi apa lagi, jom bercuti beramai-ramai!
4) Bawa stok makanan segera
Bila anda ingin bercuti ke luar negara, pastinya harga makanan yang dijual mahal. Bagi menjimatkan kos makan anda, bawalah makanan sendiri seperti nasi segera, mi segera, biskut dan coklat yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Bila malam-malam lapar, boleh jamah makanan ringan untuk alas perut. Jadi anda tak perlu berlapar!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!