Mane sandaran Senegal di Cameroon
SADIO Mane masih menjadi sandaran utama skuad Senegal menjelang kempen Piala Negara-Negara Afrika yang menyaksikan naib juara edisi Mesir 2019 itu antara pasukan pilihan juara edisi Cameroon.
Penyerang Liverpool, Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik Tahunan, akan menjadi kunci kepada Senegal untuk memenangi gelaran benua pertama selepas menamatkan saingan di tempat kedua selepas tewas kepada Algeria 1-0 di perlawanan akhir di Kaherah.
Jurulatih Aliou Cisse memilih 27 pemain termasuk kapten Kalidou Koulibaly dan Ismaila Sarr dari Watford, yang kedua-duanya tidak bermain kerana kecederaan.
Koulibaly yang berusia 30 tahun mengalami ketegangan paha pada awal bulan dalam Serie A bersama Napoli dan diketepikan pada Disember, meletakkan penyertaannya pada Piala Negara-Negara ketiga berturut-turut dalam keraguan.
Sarr cedera lutut ketika Watford menang 4-1 ke atas Manchester United bulan lalu, tidak bermain sejak itu dan dijangka diketepikan sehingga Februari.
Namun Cisse mengambil peluang apabila optimis kedua-duanya sempat pulih sebelum kejohanan itu.
Senegal memulakan kempen Kumpulan B menentang Zimbabwe di Bafoussam pada 10 Januari diikuti Guinea dan Malawi pada pusingan pembukaan.
Cisse turut memilih Nampalys Mendy, seorang lagi bekas pemain antarabangsa remaja Perancis yang tidak bermain satu perlawanan pun untuk Leicester City musim ini.
Dia merupakan pemain rekod untuk kelab itu pada 2016 tetapi tidak termasuk dalam skuad The Foxes untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) atau Liga Europa musim ini.
Skuad Senegal
Penjaga gol: Seny Dieng (Queens Park Rangers), Alfred Gomis (Stade Rennes), Edouard Mendy (Chelsea)
Pertahanan: Fode Ballo-Toure (AC Milan), Saliou Ciss (Nancy), Pape Abou Cisse (Olympiakos), Abdou Diallo (Paris St Germain), Kalidou Koulibaly (Napoli), Cheikhou Kouyate (Crystal Palace), Ibrahima Mbaye (Bologna), Bouna Sarr (Bayern Munich), Abdoulaye Seck (Antwerp)
Tengah:
Idrissa Gana Gueye (Paris St Germain), Pape Gueye (Olympique Marseille), Joseph Lopy (Socahux), Mamadou Loum (Deportivo Alaves), Nampalys Mendy (Leicester City), Nama Moustapha (Paris FC), Pape Matar Sarr (Metz )
Penyerang:
Keita Balde (Cagliari), Boulaye Dia (Villarreal), Famara Diedhiou (Alanayspor), Habib Diallo (Racing Strasbourg), Bamba Dieng (Olympique Marseille), Sadio Mane (Liverpool), Ismaila Sarr (Watford), Mame Baba Thiam ( Kayserispor).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!