Bersih lumpur tebal cabaran mangsa banjir

Membersihkan lumpur tebal merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi mangsa banjir di daerah Jelebu.
Membersihkan lumpur tebal merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi mangsa banjir di daerah Jelebu.
A
A
A

JELEBU - Meskipun sudah seminggu selepas banjir melanda beberapa kawasan di daerah ini, penduduk masih 'bergelut' untuk membersihkan kediaman masing-masing yang diselaputi lumpur tebal.

Mangsa banjir dari Kampung Batu Serambai, di sini Yusree Sijam, 49, berkata, sehingga kini dia sekeluarga masih belum habis mengemas dan paling memeritkan berdepan dengan lumpur tebal separas lutut.

Yusree Sijam
Yusree Sijam

"Berdepan kerugian itu sudah semestinya kerana banyak perkakasan rumah yang rosak.

"Tapi paling memenatkan nak bersihkan lumpur tebal yang mana masuk hari kelapan pun kerja-kerja membersih lumpur ini masih belum selesai," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Malah dia turut menyewa jengkaut dengan bayaran RM500 sehari untuk mengangkut dan membersihkan perkakasan yang rosak ditenggelami banjir.

Selain itu katanya, kali terakhir banjir besar melanda kawasan itu pada 50 tahun lalu, namun ketika itu airnya tidak berlumpur seperti yang berlaku kali ini.

Muhammad Aiman membersihkan lumpur tebal di depan rumah keluarganya di Jelebu.
Muhammad Aiman membersihkan lumpur tebal di depan rumah keluarganya di Jelebu.

Artikel Berkaitan:

Dia mendakwa, banjir lumpur yang berlaku disebabkan banyak kawasan bukit ditarah untuk projek pertanian di kawasan berhampiran.

"Lumpur banjir ini bukan lumpur dari sungai Jeram Toi, tapi lumpur bukit," katanya.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Aiman Mohd Hisham, 25, berkata, operasi membersih dan mengemas rumah ahli keluarganya mengambil masa kerana lumpur tebal.

Muhammad Aiman Mohd Hisham
Muhammad Aiman Mohd Hisham

Katanya, bahagian dalam rumah boleh dikatakan hampir selesai dibersihkan, tetapi di bahagian luar agak mencabar.

"Saya dari Ampang, Kuala Lumpur datang bersama keluarga untuk membantu, tapi bila sampai saya tak sangka lumpur luar rumah sangat tebal.

"Saya baru saja terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor dan kawasan di sana sememangnya lagi teruk, cuma saya rasa keadaan di sana lumpurnya tidak setebal di sini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!