Kualiti udara di tahap baik: Sahruddin
PASIR GUDANG - Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal mengesahkan kebanyakan kawasan di sekitar Pasir Gudang di tahap baik.
Selain itu, katanya, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kimia juga akan ke Pasir Gudang untuk membantu memantau kualiti udara di kawasan tersebut.
“Insya-ALLAH akan ada bantuan tiga ‘mobile’ daripada ATM dan Jabatan Kimia untuk memantau kualiti udara di Pasir Gudang.
“Jadi kita harap dengan ada tiga ‘mobile’ ini, kita dapat lebih tahu keadaan udara di Pasir Gudang. Setakat ini semua insya-ALLAH okay. Kita akan cuba sebaik mungkin,” katanya.
Ditanya sama ada pencemaran tersebut telah merebak ke kawasan Sungai Tiram, Sahruddin berkata, pihak media dan masyarakat perlu mendapatkan maklumat daripada pihaknya.
“Saya kena rujuk balik kepada pihak Jabatan Kesihatan untuk dia ‘ploting’ di mana pesakit itu mendapat rawatan.
"Maknanya pesakit itu tinggal di mana, dan mendapat rawatan daripada kita, baru kita sahkan sama ada isu itu betul atau tidak,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!