Ciri baharu MySejahtera bantu kesan kontak rapat, tiada ‘checkout’

Tangkap layar ciapan di Twitter Khairy Jamaluddin pada Ahad.
Tangkap layar ciapan di Twitter Khairy Jamaluddin pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi MySejahtera tampil dengan ciri dan kemas kini terbaharu yang membolehkan pengguna mengesan kontak rapat dengan menggunakan teknologi ‘bluetooth’.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ciri terbaharu dikenali dengan nama ‘MySJ Trace’ itu akan memberi maklumat secara langsung mengenai bilangan interaksi pengguna dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

Malah katanya, kemas kini terbaharu itu sekali gus akan menamatkan penggunaan ciri ‘checkout' pada MySejahtera.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada @KKMPutrajaya untuk proses pengesanan kontak dibuat.

“Semua data interaksi adalah ‘anonymised’ (tidak mendedahkan nama). Ciri baharu ini sangat digalakkan apabila ke tempat awam atau ‘setting indoor’. Ciri ‘checkout’ tidak lagi di pakai,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya pada Ahad.

Khairy memaklumkan bahawa ciri terbaharu itu sudah boleh dikemas kini di Huawei manakala penyenaraian kemas kini berkenaan pada Google dan Apple masih sedang dalam status menunggu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!