'Borang bantuan bencana lama juga diterima'

Penduduk di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor mendapatkan khidmat mencetak gambar dan mengimbas dokumen secara percuma semasa Misi #BantuanBencana Sinar Harian X Rasuah Busters, pada Sabtu bagi membantu mangsa banjir melengkapkan proses tuntutan bantuan banjir. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Borang bantuan bencana yang lama masih boleh diguna pakai bagi penduduk yang terjejas dalam musibah banjir besar.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Zary Affendi Mohd Arif berkata, pihaknya menerima banyak borang permohonan terbabit daripada penduduk yang terjejas banjir.

"Kita terima borang itu, paling penting ialah pengesahan pada borang.

"Borang baharu akan dikeluarkan pada Isnin (esok). Borang lama tetap akan diproses oleh pejabat daerah. Setakat ini tiada masalah," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Kampung Lombong, Klang, Abd Jalil Ishak berkata, beliau telah mendapat 'lampu hijau' daripada penghulu dan pejabat daerah yang memaklumkan bahawa borang lama itu masih boleh digunakan.

Menurutnya, setakat ini pihaknya tiada masalah untuk menggunakan borang lama kerana permohonan itu akan diserahkan ke pejabat daerah.

"Perkara penting yang perlu ialah gambar kad pengenalan dan gambar kejadian," katanya.

Baru-baru ini ada segelintir penduduk mendakwa ketua kampung mereka di bawah daerah Kuala Selangor enggan menerima borang lama dan perlu menggunakan borang baharu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!