Lelaki tular cuba lari daripada SJR sudah ditahan

Klip video berdurasi dua minit 51 saat memaparkan dua anggota polis sedang menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Honda dan enggan memberikan kerjasama tular di Facebook pada Ahad.
Klip video berdurasi dua minit 51 saat memaparkan dua anggota polis sedang menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Honda dan enggan memberikan kerjasama tular di Facebook pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang cuba berpatah balik untuk melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) Ops Khas Ambang Krismas di Jalan Duta Kiara pada Sabtu susulan kejadian itu tular di media sosial pada Ahad.

Klip video berdurasi dua minit 51 saat memaparkan dua anggota polis sedang menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Honda dan enggan memberikan kerjasama tular di Facebook pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 31 tahun tersebut dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

"Lebih kurang jam 1.10 pagi ketika JSPT Kuala Lumpur melakukan sekatan jalan raya Ops Khas Ambang Krismas di Jalan Duta Kiara menghala ke Solaris telah menahan seorang lelaki memandu kereta jenis Honda Civic berwarna putih.

"Suspek cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya dengan berpatah balik. Anggota JSPT telah mengejar dan menahan kenderan terbabit tetapi semasa proses penahanan pemandu enggan memberikan kerjasama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, suspek dibawa semula ke SJR dan ujian pernafasan ke atasnya mendapati kandungan alkohol melebihi paras yang dibenarkan.

"Suspek di bawa ke Balai Trafik, Jalan Bandar dan ditahan selepas ujian kali kedua menunjukkan kandungan alkohol pemandu tersebut masih melebihi paras yang dibenarkan.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 ke atas pemandu motokar tersebut kerana memandu di bawah pengaruh alkohol," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!