Jangan bakar longgokan sampah banjir: Bomba

Anggota bomba memadam kebakaran sisa sampah banjir di Taman Meranti Mewah pada Ahad.
Anggota bomba memadam kebakaran sisa sampah banjir di Taman Meranti Mewah pada Ahad.
A
A
A

KAPAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menasihatkan orang awam supaya tidak membakar longgokan sisa sampah banjir.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, sebanyak dua kes pembakaran sampah pukal telah dilaporkan di Kapar sejak Sabtu.

Menurut beliau, terbaharu bilik gerakan menerima laporan yang berlaku di Taman Meranti Mewah di sini pada jam 5.50 petang Ahad.

"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar tiba di lokasi pada jam 5.57 petang mendapati kebakaran itu melibatkan longgokan sampah dan sisa perabot yang telah rosak di lokasi dianggarkan berkeluasan 278 meter persegi.

"Kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 7 malam dan operasi ditamatkan jam 7.40 malam. Kejadian itu tidak melibatkan mangsa," katanya.

Banjir teruk pada 18 Disember lalu menyebabkan kerosakan harta benda yang membawa kepada longgokan sampah.

Kerajaan negeri telah membuka 11 stesen pemindahan sementara (TS) sampah pukal bagi mempercepatkan urusan pembersihan sampah pasca banjir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!