Alhamdulillah, aku jadi bapak : Fizi Ali
PENYAMPAI radio Suria, Fizi Ali meluahkan rasa syukur kerana isterinya Shakilla Khoriri telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan tadi.
Bayi tersebut yang belum diberi nama dilahirkan pada jam 11.20 pagi di Hospital Damansara melalui kaedah pembedahan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Killa. InsyaALLAH, gambar baby dalam masa yang terdekat, buat masa ini kita simpan dulu.
"Bila dah jadi seorang bapa ini, lebih-lebih lagi kepada seorang anak perempuan, tanggungjawab itu sangat besar.
"Alhamdulilah, aku jadi bapak," ujar Fizi teruja.
Fizi dan Shakilla berusia 30 tahun berkahwin pada 18 Februari tahun lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!