13,389 mangsa banjir di Pahang masih berada di 101 PPS

Anggota bomba melaksanakan operasi pembersihan pasca banjir di sekitar daerah Temerloh pada Isnin. - Foto JBPM Pahang
Anggota bomba melaksanakan operasi pembersihan pasca banjir di sekitar daerah Temerloh pada Isnin. - Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seramai 13,389 mangsa banjir daripada 4,275 keluarga masih berada di 101 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini sehingga jam 4 petang pada Isnin.

Situasi itu menunjukkan situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila bilangan mangsa banjir yang berada di PPS semakin berkurangan berbanding 14,507 mangsa daripada 4,540 keluarga yang direkodkan sehingga jam 2 petang

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sebanyak 25 PPS masih dibuka di daerah Temerloh dengan 5,905 orang mangsa daripada 1,771 keluarga, 15 PPS di Bentong (2,980 mangsa,1,163 keluarga), 25 PPS di Pekan (1,778 mangsa, 570 keluarga), 11 PPS di Bera (1,150 mangsa,324 keluarga), 21 PPS di Maran (1,168 mangsa, 334 keluarga) dan empat PPS di Kuantan,4 PPS (409 mangsa, 113 keluarga).

Sementara itu, kes kematian akibat banjir di negeri ini mencatatkan 19 kes dengan 10 kes di Bentong, Temerloh (4 kes), Kuantan (2 kes),Raub (2 kes) dan Pekan (1 kes).

Bacaan paras air sungai di semua stesen bacaan berada paras normal kecuali Sungai Pahang di Batu Malim, Raub dan Paloh Hinai, Pekan yang berada pada paras amaran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!