PKPD di Felda Jengka 25 Temerloh mulai esok
KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Jengka 25, Temerloh di Pahang mulai Selasa hingga 10 Januari depan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.
“Prosedur operasi standard bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” menurutnya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!