Sungai Langat di paras bahaya, tunjuk trend menaik

Status paras air Sungai Kuala Langat dikongsikan di Facebook Tuan Ibrahim petang tadi.
Status paras air Sungai Kuala Langat dikongsikan di Facebook Tuan Ibrahim petang tadi.
A
A
A

HULU LANGAT - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran keadaan aras air Sungai Langat di Pekan Kajang dan Taman West Country di sini berada pada paras bahaya.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi kemas kini di Facebook beliau, telah berkongsi pengumuman penting status air Sungai Langat yang disediakan oleh JPS.

Menurut pemakluman itu, JPS memberitahu setakat jam 6.30 petang Isnin didapati aras air di sungai berkenaan berada dalam trend menaik.

"Aras air Sungai Langat di Pekan Kajang dan Taman West Country daerah Hulu Langat telah berada pada paras bahaya dengan trend menaik.

"Dinasihatkan agar penduduk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa, " menurut kenyataan itu, pada Isnin.

Sementara itu, hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat sekitar jam 5.30 petang namun dilaporkan kembali surut sejam kemudian.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!