Banjir: 12,725 laporan polis diterima di Shah Alam

Baharudin
Baharudin
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 726 laporan polis diterima berkaitan banjir bagi kawasan Shah Alam, pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan laporan polis yang diterima sebanyak 12,725.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagi membantu memudahkan mangsa banjir membuat laporan polis berkaitan kerosakan dialami, elemen seperti Balai Polis Bergerak, Mobile Patrol Vehicle (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) diarahkan untuk menerima laporan polis daripada mangsa banjir di lokasi mangsa berada.

"Laporan ini akan direkodkan dalam borang POL 55 dan boleh diambil oleh pengadu di mana-mana balai berdekatan dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis dibuat," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Sementara itu mengenai Op Cantas Banjir beliau berkata, sebanyak 11 Team OP Cantas Banjir menjalankan tugasan pemantauan 24 jam dengan kekuatan seramai dua pegawai serta sembilan anggota dari IPD Shah Alam.

"Team Cantas Banjir dibantu oleh Bukit Aman yang terdiri daripada 33 pegawai dan 90 anggota.

"Team Op Cantas Banjir membuat pemantauan dan temubual dengan penduduk di Taman Sri Muda untuk mengesan sekiranya terdapat maklumat kes kecurian, pecah rumah atau lain-lain kes jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!