Mawar, Raf selamat timang anak pertama
PELAKON juga finalis Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid telah selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan suami, Raf Yaakob di hospital ibu kota sekitar pukul 11.33 malam, Rabu.
Berita itu disahkan sendiri oleh suami, Raden Ahmad Faizal menerusi Instagram miliknya.
"Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, isteriku @mawarashid selamat melahirkan anak pertama kami secara normal.
"Seperti yang diimpikan, ibu dan baby dalam keadaan sihat. Tetapi hari ini, kita bagi Mawar and @mawaraf_jr rehat dulu ya?
"Insyaa-ALLAH esok kita update lagi. Terima kasih kepada semua yang banyak mendoakan," luah suami Mawar di IG.
Pada masa sama Raf turut memberi teka-teki mengenai jantina anak pertama mereka.
"Lelaki atau perempuan? Tunggu pada perkongsian seterusnya nanti OK," ungkapnya.
Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen akaun masing-masing kini dihujani ucapan bertalu-talu daripada peminat mereka.
Selain ucapan tahniah dan komen selamat menjalani fasa berpantang, tidak kurang juga ramai tidak sabar untuk melihat wajah comel anak pasangan tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!