Kapsul masa lebih 130 tahun ditemui di Virginia

 Sebuah kotak tembaga yang dipercayai ditanam lebih 130 tahun lalu ditemui di lokasi patung Jeneral Robert E. Lee di Virginia pada Isnin.- Foto Twitter/Ralph Northam
Sebuah kotak tembaga yang dipercayai ditanam lebih 130 tahun lalu ditemui di lokasi patung Jeneral Robert E. Lee di Virginia pada Isnin.- Foto Twitter/Ralph Northam
A
A
A

WASHINGTON - Sebuah kapsul masa yang berbentuk sebuah kotak tembaga dipercayai berusia lebih 130 tahun ditemui di Richmond, Virginia pada Isnin.

Ia ditemui semasa para pekerja melakukan kerja-kerja pemindahan patung Jeneral Robert E. Lee iaitu seorang pegawai tentera Tentera Virginia Utara semasa Perang Saudara Amerika Syarikat (AS) yang berlaku pada tahun 1861 hingga 1865.

Menurut artikel akhbar pada tahun 1887, kapsul masa yang tersembunyi di lokasi patung Lee itu mengandungi butang dan peluru, mata wang, peta, gambar mayat Presiden AS, Abraham Lincoln di dalam keranda serta barang-barang lain.

"Mereka menjumpainya!" ciap Gabenor Virginia, Ralph Northam di Twitter.

"Ini mungkin kapsul masa yang dicari oleh semua orang," ciapnya lagi.

Bagaimanapun, kotak tembaga itu masih belum dibuka.

Namun, ia dipercayai mengandungi duit syiling, buku, butang, dan peluru ketika Perang Saudara itu berlangsung.

Ahli-ahli sejarah mempercayai kotak itu ditanam pada 27 Oktober 1887.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, ahli sejarah berusaha mencari sebuah kotak tembaga yang dipercayai mengandungi 60 objek, menurut artikel dalam akhbar Richmond Dispatch pada tahun 1887. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!