Israel serang lagi pelabuhan di Syria

Kebakaran berlaku akibat serangan Tentera Udara Israel di Pelabuhan Latakia, Syria pada Selasa. - Foto Twitter
Kebakaran berlaku akibat serangan Tentera Udara Israel di Pelabuhan Latakia, Syria pada Selasa. - Foto Twitter
A
A
A

DAMSYIK - Tentera Israel melancarkan serangan udara di Pelabuhan Latakia, Syria dengan menyasarkan kontena-kontena barangan pada Selasa.

Ia merupakan serangan kedua berlaku dalam bulan ini di pelabuhan tersebut.

“Pada kira-kira jam 3.21 pagi, musuh Israel melakukan pencerobohan udara dengan beberapa peluru berpandu dari arah Mediterranean,” lapor agensi berita SANA yang memetik sumber tentera.

Beliau dilaporkan berkata, serangan itu menyebabkan kerosakan material yang besar.

Bagaimanapun, usaha sedang dilakukan untuk memadamkan kebakaran dan menilai kerosakan.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan tersebut.

Dalam pada itu, Pasukan Pertahanan Israel masih tidak memberikan komen tentang serangan berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!