TUDM bersihkan rumah anggota, keluarga terjejas banjir

Bakat Udara sampaikan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga anggota terjejas. - Foto FB TUDM
Bakat Udara sampaikan sumbangan barangan keperluan kepada keluarga anggota terjejas. - Foto FB TUDM
A
A
A

SHAH ALAM - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meneruskan operasi pasca banjir pada Isnin dengan menggerakkan anggotanya dalam kerja-kerja pembersihan kediaman warga TUDM yang terjejas.

TUDM dalam satu hantaran di Facebook berkata, atas dasar prihatin, anggota serta pegawai daripada Pangkalan Udara Subang di sini memberi bantuan pembersihan di beberapa kawasan terlibat di sekitar Selangor.

"Antaranya ialah pembersihan kediaman Sarjan U Mohd Padli Hisham Ramle di Bukit Changgang, Banting yang kesemua peralatan rumah tidak dapat diselamatkan.

"Warga TUDM turut memberikan bantuan pasca banjir di Kampung Rantau Panjang, Hulu Langat di kediaman ibu dan bapa Mejar Mohd Azmeel Mohd Nadzri yang bertugas di Pangkalan Udara Butterworth.

Bakat Udara turut menyampaikan beberapa sumbangan barangan keperluan kepada keluarga anggota yang terjejas. - Foto FB TUDM
Bakat Udara turut menyampaikan beberapa sumbangan barangan keperluan kepada keluarga anggota yang terjejas. - Foto FB TUDM

"Kediaman ibu bapanya turut terjejas melibatkan kerosakan hampir keseluruhan peralatan rumah akibat banjir," menurut hantaran tersebut pada Isnin.

Sementara itu, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Udara, Pangkalan Udara Subang turut memberi sumbangan seperti selimut, cadar, dapur, lampin pakai buang, ubat-ubatan dan barang keperluan asas.

"Sumbangan oleh Bakat Udara Pangkalan Udara Subang dihantar ke kediaman anggota dan ahli keluarga yang terjejas banjir di Shah Alam, Klang, Puchong, Subang dan Banting.

Artikel Berkaitan:

"Usaha murni ini diteruskan dari masa ke masa oleh TUDM dalam menjaga kebajikan warganya di samping turut membantu masyarakat setempat," ujar kenyataan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!