Tak mahu buka aib sesiapa : Awi Rafael

Awi Rafael
Awi Rafael
A
A
A

IMPIAN Awi Rafael untuk mengakhiri zaman bujang dengan pelakon, Atikah Suhaime, Ahad ini tidak kesampaian.

Menerusi penjelasan yang dibuat menerusi akaun Instagram miliknya, Awi berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

"Awi harap semua teman akan faham. Jodoh di tangan Tuhan dan mungkin solat istikharah Awi pun telah dijawab saat-saat akhir ini.

"Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sangat memberi sokongan dan kasih sayang anda. Jangan bimbang, saya akan bayar semula pada yang sudah menempah tiket penerbangan.

"Terima kasih kerana menghubungi saya. Pada penaja makanan dan kek, jangan risau, saya akan hubungi anda juga. Kita boleh beri pada anak yatim.

"Kepada rakan-rakan media, terima kasih kerana selalu memberi support kepada Awi dan kasihanilah dia. Tetap berikan sokongan kepada dia seperti yang kami semua dapat lihat sejak kami bertunang.

"Namun untuk Awi, Awi dan keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. Bismillah," tulisnya pada bahagian kapsyen.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu dan dijangka berkahwin pada 17 Mac ini (Ahad).

Artikel Berkaitan:

Awi Rafael
Awi Rafael



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!