MBSA tawar khidmat baiki alat elektrik percuma

Notis dikongsi MBSA di laman Facebooknya pada Selasa.
Notis dikongsi MBSA di laman Facebooknya pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan khidmat membaiki peralatan elektrik secara percuma bermula pada Selasa sehingga 1 Januari depan.

MBSA dalam satu notis memaklumkan, antara perkakas elektrik yang boleh dihantar adalah periuk nasi, pemanas air, pengering rambut, radio dan sebarang barangan bersaiz kecil.

“Peralatan tersebut hendaklah dibawa ke pusat operasi di Dewan Azalea, Jalan Tokoh 25/28 Taman Sri Muda yang dibuka pada setiap hari bermula 10 pagi hingga 5 petang,” menurut notis dikongsi MBSA di laman Facebooknya pada Selasa.

Perkhidmatan yang disediakan itu hanya melibatkan diagnosis kerosakan dan pembaikan serta pembersihan, manakala kos barangan alat ganti ditanggung oleh pemilik.

Program khidmat masyarakat itu diadakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) serta beberapa kumpulan NGO yang mahir dalam khidmat pertukangan dan membaiki perkakas elektrik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!