Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

RINGGIT mengukuh berbanding dolar US semasa ditutup pada Selasa berikutan mod risiko yang berterusan, dibantu oleh langkah positif dalam pasaran ekuiti Malaysia dan mata wang Asia yang lebih mantap, menurut seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.1785/1830 berbanding 4.1815/1850 yang direkodkan pada penutupan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit mendapat sokongan susulan kebimbangan terhadap varian Omicron Covid-19 mula mereda di samping data ekonomi menunjukkan momentum yang agak positif.

"Dolar US berbanding pasangan ringgit (AS$/MYR) bergerak dalam lingkungan RM4.1812 hingga RM4.1842, manakala indeks dolar AS (DXY) jatuh 0.02 peratus kepada 96.07 mata," katanya.

Afzanizam juga menyatakan eksport terkini melebar lagi kepada 32.4 peratus menjelang November selepas keuntungan 25.5 peratus yang dicatatkan semasa bulan sebelumnya, menunjukkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat Malaysia mungkin lebih baik daripada suku ketiga 2021.

"Bagaimanapun, banjir mungkin merencatkan beberapa perkembangan sejak 18 Disember selepas negeri-negeri utama terjejas teruk akibat bencana tersebut.

"Tetapi berdasarkan indeks ekuiti utama, ia kelihatan seperti mod selera risiko telah berlaku. Ini boleh membawa kepada prestasi yang lebih baik bagi mata wang pasaran baru muncul termasuk ringgit pada minggu ini," katanya kepada Bernama.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

Artikel Berkaitan:

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0860/0898 daripada 3.0789/0820 dan menurun berbanding euro kepada 4.7355/7406 daripada 4.7284/7324.

Mata wang tempatan juga melemah berbanding pound British kepada 5.6188/6249 daripada 5.6040/6087, manakala berbanding yen Jepun, ia meningkat kepada 3.6401/6444 daripada 3.6462/6496 sebelum ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!