Leicester bikin Liverpool terkedu di King Power
PEMBURUAN kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool tersentak apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada kelab di prestasi tidak menentu Leicester City dalam perlawanan di Stadium King Power.
Kemasukan Ademola Lookman pada minit ke-56' menggantikan Hamza Choudhury, akhirnya diterjemahkan pemain dipinjamkan dari Red Bull Leipzig dalam bentuk jaringan dalam minit ke-59 untuk tiga mata The Foxes.
The Reds kendalian Jurgen Klopp mendominasi separuh masa pertama berdepan The Foxes pimpinan Brendan Rodgers yang dilanda kecederaan dan kelihatan bersedia untuk mendahului apabila dihadiahkan penalti pada minit ke-16, namun tanggungjawab diambil pemain Mesir Mohamed Salah berjaya dinafikan penjaga gol tuan rumah Kasper Schmeichel.
Untuk rekod, sejak awal 2020, Schmeichel menyelamatkan lebih banyak penalti dalam Liga Perdana Inggeris berbanding penjaga gol lain.
The Foxes yang bolos enam gol di Manchester City pada Boxing Day, menyaksikan kemenangan Leicester melonjakkan kelab itu ke tangga kesembilan dengan 29 mata selepas mengharungi 18 perlawanan liga.
Liverpool pula kekal di kedudukan kedua dengan 41 mata selepas mengharungi 19 perlawanan, enam mata di belakang pendahulu Manchester City.
KEPUTUSAN
Leicester City 1-0 Liverpool
Lookman (59')
Southampton 1-1 Tottenham
Ward-Prowse (25')
Kane (41')
Crystal Palace 3-0 Norwich City
Édouard (8')
Mateta (38')
Schlupp (42')
Watford 1-4 West Ham
Dennis (4')
Souček (27')
Benrahma 29')
Noble (58')
Vlašić (92')
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!