AMK tubuh pasukan khas media sosial

Thiban (dua, dari kanan) dan ahli jawatankuasa PKR Cabang Rembau, memberi sokongan penuh kepada Streram.
Thiban (dua, dari kanan) dan ahli jawatankuasa PKR Cabang Rembau, memberi sokongan penuh kepada Streram.
A
A
A

SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam proses menubuhkan pasukan khas media sosial untuk memantau dan menangkis segala fitnah terhadap calon PH, PRK DUN Rantau, D S Streram.

Naib Ketuanya, S Thiban berkata, terdapat pelbagai komen negatif dan maklumat tidak benar berkenaan calon PH terutama yang mengaitkannya dengan isu perkauman.

“Kita akan menjawab dan melawan segala fitnah ini secara konsisten dengan fakta yang betul menerusi laman Facebook khas dan nombor WhatsApp umum yang akan diwujudkan nanti.

“Paling terbaru fitnah di Facebook ialah Streram mengatakan pengundi sebagai lembu sedangkan akaun itu adalah palsu dan diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Pejabat Penyelaras PH DUN Rantau di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pilihan Raya AMK Negeri Sembilan, S Sugumaran dan Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Norazizi A Aziz.

Menurutnya,pih knya memandang serius perkara itu dan kini dalam proses mengumpul semua fitnah berkenaan untuk buat laporan polis dalam waktu terdekat.

“Kita harap pengundi dapatkan maklumat sahih dengan kita terlebih dahulu dan jangan mudah mempercayainya jika dapat sebarang maklumat yang meragukan,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, berdasarkan kajian lapangan dilakukan, AMK yakin Streram adalah calon terbaik dan mampu menang besar sekali gus beri cabaran pada calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan

Artikel Berkaitan:

Katanya, kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan calon gergasi dan sukar ditewaskan sengaja ditimbulkan untuk mengurangkan keyakinan rakyat memilih PH.

"Komposisi kaum di DUN Rantau berbeza dengan Cameron Higlands, Pahang dan Semenyih, Selangor iaitu kira-kira 53 peratus Melayu dan 47 peratus bukan Melayu. Jadi, kita yakin mampu menang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!