Jakim terima anugerah BrandLaureate World Halal BestBrands 2021
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menerima anugerah BrandLaureate - Jenama Terbaik Halal Dunia e-Branding 2021 untuk perikatan perniagaan strategik (The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award 2021 For Strategic Business Alliance) dari sebuah badan bebas.
Jakim dalam kenyataan di Facebook berkata, pengiktirafan itu diberikan atas kejayaannya membangunkan strategi baharu untuk memenuhi keadaan persekitaran perniagaan dalam masa-masa yang sukar.
“Yayasan Jenama Dunia (World Brands Foundation) selaku penganjur telah memilih Jakim sebagai penerima anugerah ini buat kali kedua setelah menerima anugerah yang sama pada tahun 2019.
“Pengiktirafan ini antara lain dapat mengukuhkan lagi nama Jakim dalam pasaran halal selain mendorong industri yang memiliki pensijilan halal untuk melonjak jenama mereka di pasaran halal yang kompetitif,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Pada masa yang sama, Jakim turut menerima pengiktirafan daripada kerajaan selaku satu jenama atau institusi yang dilihat menepati ciri-ciri berdiri teguh, mengekalkan kejayaan dan kepimpinan jenama (standing strong, sustaining brand success and brand leadership).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!