Umno bantu wanita jana pendapatan
PENDANG - Kursus menjahit beg dianjurkan secara percuma memberikan peluang kepada golongan wanita menjana pendapatan.
Pengerusi Umno Pendang, yang juga Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob berkata, kursus ini disertai kira-kira 20 wanita.
"Sebelum ini kita hanya menyediakan kursus menjahit pakaian tetapi kali ini diadakan khas untuk menghasilkan beg tangan," katanya.
Suraya berkata, beg tangan yang menarik corak serta kualitinya mampu dijual dengan harga tertentu.
"Ini adalah peluang kepada mereka dan kita harap mereka boleh memanfaatkannya sebaik mungkin.
"Kita tidak mahu mereka terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi tanpa melakukan sebarang pekerjaan," katanya.
Menurut Suraya, dengan hanya menjahit beg wanita boleh melakukan di rumah dan boleh mendapat wang yang banyak sekiranya mereka bijak.
"Banyak ruang boleh diiklankan hasil tangan mereka terutama media sosial seperti Facebook dan Instagram, kita harap mereka berjaya lakukannya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!