Sampah sarap di Pantai Batu Burok

A
A
A

Pemandangan indah Pantai Batu Burok di sini dicemari dengan sampah sarap yang sengaja dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab semasa berkunjung di kawasan pelancongan itu.

Pengunjung juga seolah-oleh sengaja melonggokkan sampah seperti bekas makanan dan minuman bersama sampah hanyut. Sikap beranggapan segelintir masyarakat bahawa pekerja pembersihan akan mengutipnya dilihat memburukkan keadaan tersebut.

Tindakan mereka itu bukan hanya mencacatkan pemandangan sekitar kawasan itu malah menyebabkan ancaman kepada hidupan laut lain sekiranya sampah tersebut dibawa ombak besar ttdalam tempoh Monsun Timur Laut.

Sehubungan itu pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pengunjung tidak membuang sampah sesuka hati sekaligus menjadikan kawasan pelancongan bebas dari sampah.

Pengunjung juga perlubertanggungjawab dengan memastikan sampah daripada bekas makanan dan minuman dibuang di dalam tong sampah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Geopark Kebangsaan Pertama Negeri Selangor

No Image Caption
GALERI

Gaya hidup sihat

No Image Caption
GALERI

Ikan selayang 20 sen

No Image Caption
GALERI

Tembok keselamatan dan kawalan banjir