Banjir: 'Terpaksa cari kain kapan lebih satu jam'

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

HULU LANGAT - Walaupun sudah lebih seminggu Hulu Langat dilanda banjir luar biasa, namun kesannya diibaratkan seperti tsunami dengan sebahagian besar daerah itu masih lagi lumpuh sehingga hari ini.

Dalam keadaan sebegini, siapa sangka, seorang penduduk berusia 60-an yang sekian lama bertarung nyawa meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit kanser.

Lebih menyedihkan, Setiausaha Surau Al-Talbiah, Yakob Ramli memberitahu, terpaksa mencari kain kapan lebih satu jam untuk menguruskan jenazah Allahyarham.

Yakob Ramli memberitahu, beliau terpaksa mencari kain kapan lebih satu jam untuk menguruskan jenazah Allahyarham. - Foto Astro Awani
Yakob Ramli memberitahu, beliau terpaksa mencari kain kapan lebih satu jam untuk menguruskan jenazah Allahyarham. - Foto Astro Awani

"Biasanya surau ada kain kapan tapi sebab naik air semua peralatan untuk mengafankan jenazah termasuk kain putih rosak.

"Disebabkan kedai-kedai terutamanya kedai kain masih lagi tutup, saya terpaksa mencari (kain kapan) hampir satu jam. Nasib baik ada satu kedai ini di sini (Hulu Langat) yang baru pagi tadi membeli kain (kapan) di Kuala Lumpur," katanya kepada Astro Awani.

Dalam pada itu, pemilik kedai Al-Amin yang menjual kelengkapan pengebumian jenazah umat Islam, Jamaludin Zainuddin memberitahu, kedainya antara yang terjejas teruk akibat banjir dengan hampir sebahagian besar peralatan kedainya rosak teruk.

"Saya tak tau macam mana, tiba-tiba hati saya tergerak untuk membeli kain kapan di Kuala Lumpur pagi ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa bersyukur sangat, sekurang-kurangnya saya dapat membantu 'menguruskan' perjalanan terakhir Allahyarham," katanya yang mewarisi perniagaan tersebut sejak turun-temurun. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!