Perlumbaan kejuaraan masih belum berakhir

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan perlumbaan kejuaraan masih belum berakhir meskipun City kini berada di persada liga dengan kelebihan mata yang selesa.

Juara bertahan itu, memanfaatkan sepenuhnya kesilapan pencabar terdekat mereka, Liverpool dan Chelsea yang kehilangan mata minggu ini untuk meraih kemenangan liga ke-10 berturut-turut dan mendahului lapan mata selepas 20 perlawanan.

“Ada 54 mata lagi perlu diraih oleh kami dan juga banyak lagi pasukan kuat yang perlu kami lawan.Jadi apabila anda meletakkannya dalam perspektif iaitu dengan kelebihan lapan mata kami boleh menjadi pemenang ia adalah tidak masuk akal.

“Sebagai contoh ketika kami menentang Leicester, pasukan mendahului 4-0 dan dalam 20 minit ia menjadi 4-3. Jadi saya rasa peluang untuk menjadi juara masih terbuka,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, pemain tengah City, Phil Foden menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-16 selepas bijak menyumbat masuk lorongan Kevin de Bruyne menewaskan Alvaro Fernandez.

Dalam pada itu, Guardiola memuji aksi yang ditampilkan Foden yang menjaringkan gol kemenangan bagi mengukuhkan lagi kedudukan City di tangga teratas liga.

Jelasnya, pemain berusia 21 tahun itu sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk mempamerkan kepelbagaian cara permainan, selain teknik dan pengurusan permainannya yang cemerlang.

“Phil (Foden) sentiasa cemerlang sejak dia datang bersama kami untuk mula berlatih dan bermain. Dia seorang lelaki yang boleh bermain di posisi berbeza dan pada tahap yang luar biasa.

Artikel Berkaitan:

“Dia sentiasa bermain dengan bagus dan kami tidak meraguinya. Dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada saya. Dia kini hanya perlu menikmati bola sepak sama seperti yang dilakukan semasa kecil,”katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!