Conte sahkan empat tidak beraksi berdepan Watford

Conte. - Foto GettyImages
Conte. - Foto GettyImages
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengesahkan empat pemain tidak akan beraksi ketika berdepan Watford bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Sabtu.

Menurut Conte keempat-empat pemain itu melibatkan Steven Bergwijn, Giovani Lo Celso, Cristian Romero dan Ryan Sessegnon yang masing-masing mengalami kecederaan.

“Kesemua pemain ini tidak akan beraksi dan tidak ada dalam senarai pemain untuk berdepan Watford Sabtu ini.

“Mereka disahkan mengalami kecederaan dan tidak sempat pulih untuk beraksi pada pertemuan dengan Watford.

“Bagaimanapun mengikut laporan perubatan, kecederaan kesemua pemain ini dijangka akan pulih menjelang aksi pada minggu hadapan,” katanya.

Tambah Conte, kesemua pemain berkenaan dikesan mengalami kecederaan ketika berdepan Crystal Palace Ahad lalu.

Bagaimanapun menurut Conte setakat ini masih tiada sebarang makluman lanjut berhubung perkembangan terkini masalah kecederaan kesemua pemain berkenaan dan diharapkan mereka sempat pulih untuk perlawanan seterusnya.

Untuk rekod, Tottenham kini berada pada kedudukan keenam EPL dengan kelebihan tiga perlawanan susulan penangguhan beberapa perlawanan sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Conte berharap kelebihan tiga perlawanan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kesebelasan pemain dalam usaha meraih mata kelak bagi memperbaiki dan mengukuhkan kedudukan dalam saingan EPL.

“Kita ada baki tiga perlawanan. Mungkin ini kelebihan buat kita dan ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemain. Saya yakin mereka (pemain), mampu melakukannya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!