RM46 juta baiki cerun runtuh di Gombak

Keadaan tebing yang runtuh di Apartmen Teratai.
Keadaan tebing yang runtuh di Apartmen Teratai.
A
A
A

GOMBAK - Kerajaan negeri Selangor akan memohon bantuan daripada kerajaan Pusat bagi menampung baik pulih 67 tebing yang runtuh di Gombak dengan kos keseluruhan bernilai RM46 juta

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abdul Aziz pada Khamis, jumlah itu diperlukan untuk baik pulih kerosakan keseluruhan termasuk enam cerun kritikal.

Menurut beliau, antaranya pembaikan tebing runtuh di Apartmen Teratai, Selayang yang runtuh pada 18 Disember lalu melibatkan kos RM1.5 juta.

"Saya akan cuba berbincang dengan kerajaan Pusat mengenai jumlah yang boleh dibantu, tetapi kerajaan negeri akan melaksanakan pembaikan terlebih dahulu terutama di lokasi kritikal.

Amirudin (kiri) meninjau keadaan tebing runtuh di Apartmen Teratai, Selayang pada Khamis.
Amirudin (kiri) meninjau keadaan tebing runtuh di Apartmen Teratai, Selayang pada Khamis.

"Jumaat ini, saya ada hadir MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), kita akan kenal pasti jumlah yang diperlukan untuk baik pulih infrastruktur, tanah runtuh dan jalan susulan bencana banjir 18 Disember lalu," katanya ketika meninjau tebing runtuh di Apartmen Teratai, Bandar Baru Selayang pada Khamis.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sebanyak 38 keluarga diarah mengosongkan unit di Apartmen Teratai dan dua bulan masa diperlukan bagi baik pulih tebing runtuh.

"Kerajaan negeri akan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap keluarga dan mengusahakan zakat untuk memberikan bantuan.

Artikel Berkaitan:

"Sementara kerja baik pulih dilakukan, mereka boleh berpindah di pusat pemindahan sementara (PPS) atau tempat yang dirasakan sesuai.

"Walaupun mereka tidak terlibat dengan banjir, namun mereka dimasukkan sekali dalam bantuan RM1,000 kerana perlu berpindah untuk tempoh yang lama," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!