Abang Johari umum senarai kabinet baharu Sarawak
KUCHING - [DIKEMAS KINI] Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Khamis mengumumkan barisan kabinet baharu Sarawak terdiri daripada 10 menteri dan 26 menteri muda.
Abang Johari memegang tiga portfolio iaitu Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli serta Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar.
Beliau juga menamakan tiga timbalan ketua menteri terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; ADUN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan ADUN Batu Kawah, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Uggah juga dilantik sebagai Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan serta Menteri Kedua Kewangan dan Ekonomi Baharu sementara Awang Tengah pula selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan serta Menteri Kedua Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli.
Sementara itu, Dr Sim yang merupakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dilantik sebagai Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Pelantikan lain ialah ADUN Kakus, Datuk John Sikie Tayai (Menteri di Jabatan Ketua Menteri); ADUN Kemena, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah); ADUN Senadin, Datuk Seri Lee Kim Shin (Menteri Pengangkutan) dan ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi).
Sementara itu, ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memegang dua portfolio iaitu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.
Menteri wanita tunggal dalam kabinet kali ini, ADUN Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah menggalas portfolio Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat sementara ADUN Talat, Datuk Roland Sagah Wee Inn sebagai Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat. - Bernama
Berikut senarai penuh kabinet baharu negeri:
Ketua Menteri: Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Timbalan Ketua Menteri:
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
Menteri di Jabatan Ketua Menteri: Datuk John Sikie Tayai
Menteri Muda:
Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan)
Datuk Gerawat Gala (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek)
Datuk Abdullah Saidol (Hubungan Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS))
Datuk Juanda Jaya (Integriti dan Ombudsman)
Jefferson Jamit Unyat (Undang-undang dan Adat Pribumi)
Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu: Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Menteri Kedua: Datuk Amar Douglas Uggah Anak Embas
Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli: Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Menteri Kedua: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Menteri Muda: Datuk Len Talif Salleh
Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar: Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Menteri Muda: Dr Hazland Abang Hipni
Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Muda:
Aidel Lariwoo
Datuk Majang Renggi
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Menteri Muda: Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh
Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan: Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
Menteri Muda:
Datuk Dr Penguang Manggil
Michael Tiang Ming Tee
Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah: Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom
Menteri Muda:
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail
Martin Ben
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Lee Kim Shin
Menteri Muda:
Datuk Dr Jerip Susil
Datuk Henry Harry Jinep
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi: Datuk Julaihi Narawi
Menteri Muda:
Datuk Liwan Lagang
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Muda:
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew
Datuk Snowdan Lawan
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Muda:
Datuk Gerald Rentap Jabu
Dr Ripin Lamat
Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat: Datuk Seri Fatimah Abdullah
Menteri Muda:
Datuk Rosey Haji Yunus
Mohamad Razi Sitam
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat: Datuk Roland Sagah Wee Inn
Menteri Muda:
Dr Annuar Rapaee
Datuk Francis Harden Hollis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!