Menteri kanan New Zealand ditumbuk

James Shaw
James Shaw
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Seorang menteri kanan New Zealand ditumbuk di Wellington semalam, menyebabkan matanya lebam.

Pemimpin Parti Hijau, James Shaw ketika itu sedang berjalan menuju ke bangunan Parlimen yang dipanggil Beehive apabila seorang lelaki menghampiri dan menumbuk mukanya.

Serangan tersebut disifatkan bukan berbentuk provokasi.

Menteri Perdagangan David Parker memberitahu pemberita bahawa penyerang tersebut melaungkan perkara yang ada kaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Shaw yang juga menteri perubahan iklim, tidak mengalami kecederaan serius.

Polis berkata seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan dan akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk didakwa menyerang dengan niat. – AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!