TNB nafi video tular air sungai deras di Tasik Kenyir

Status Facebook KECV memaklumkan berlaku arus deras berhampiran perkampungan konservasi gajah di Tasik Kenyir.
Status Facebook KECV memaklumkan berlaku arus deras berhampiran perkampungan konservasi gajah di Tasik Kenyir.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan video tular di media sosial pada Khamis yang memaparkan kejadian arus sungai deras yang dikatakan berlaku di Tasik Kenyir.

Kenyataan rasmi di laman Facebook TNB Care pada Jumaat berkata, sungai yang dipaparkan dalam video itu adalah Sungai Telemong yang terletak berdekatan Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir.

Bagaimanapun katanya, aliran sungai berkenaan tidak mengalir masuk ke tasik buatan manusia itu.

"Setakat ini, paras air di empangan Kenyir masih di tahap selamat dan terkawal.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dan berkongsi berita tidak sahih menerusi media sosial," katanya

Pada Khamis, sebuah video berdurasi 18 saat yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok menunjukkan air sungai deras sehingga melimpah ke jambatan.

Hasil semakan mendapati, video asal dimuat naik di media sosial menunjukkan lokasi di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV).

Bagaimanapun perkongsian menerusi Facebook rasmi KECV memberitahu, keadaan air sungai kembali pulih jam 12 tengah hari pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!