Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga M Kuppan

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang. Foto Facebook Istana Negara
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang. Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga lagenda bola sepak negara, Datuk M Kuppan yang meninggal dunia semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar keluarganya sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara,” katanya.

Menurut catatan itu, mendiang yang berasal dari Pulau Pinang telah mewakili skuad bola sepak kebangsaan selama lapan tahun bermula 1957 hingga 1965, dan semasa hayatnya, mendiang Kuppan turut mewakili pasukan bola sepak Pulau Pinang selama 10 musim sebelum mengumumkan persaraan pada 1967.

Sebagai jurulatih skuad kebangsaan, mendiang pernah membawa Malaysia memenangi Piala Raja Thailand sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 1976 serta memenangi Piala Merdeka pada 1976. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!