Ambang tahun baharu: PDRM tingkat rondaan pematuhan SOP PPN

 Acryl Sani Abdullah Sani
Acryl Sani Abdullah Sani
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan pemantuan dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang ambang tahun baharu 2022 pada Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah diarah untuk meningkatkan rondaan di lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai berkumpul.

"Tujuan rondaan pemantauan adalah untuk memastikan SOP PPN mengikut fasa dipatuhi di samping mengelak orang ramai berkumpul bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

"Tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak yang melanggar SOP PPN tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

"Kerjasama semua pihak dalam aspek ini adalah penting memandangkan pandemik Covid-19 masih merupakan ancaman kesihatan serius yang perlu dibendung,"ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!