Tak terlintas nak sakitkan hati dia

Pelakon, Johan As'ari
Pelakon, Johan As'ari
A
A
A

PELAKON, Johan As'ari, 32, berkata, dia tidak berniat untuk melukakan hati kekasih, Letty.

Difahamkan, Letty merajuk kerana video yang memaparkan kekasihnya Johan menghadiahkan seorang pelakon wanita lain seutas gelang kaki.

Video rakaman tersebut telah dimuat naik oleh Letty di laman Instagramnya.

Ujar Johan, Letty sudah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara tersebut.

No Image Caption



"Mungkin hati seorang perempuan. Tetapi ketahuilah ia adalah pemberian hadiah atas dasar persahabatan dan sempena hari jadinya yang kebetulan berada di set penggambaran.

"Apa yang penting hati saya setia dengan Letty. Saya boleh berikan hadiah yang jauh lebih istimewa kepada Letty.

"Jadi, jangan masam-masam maafkanlah saya kerana tak terlintas nak lukakan hati awak sebab itu saya jujur," kata Johan kepada Sinar Harian ketika ditemui pada penggambaran drama bersiri Penjejak Ifrit, slot Meremang Astro di Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Letty yang sedang melanjutkan pengajian PhD di London School of Economics and Political Science, berkata, perhubungan mereka sudah hampir satu tahun.

No Image Caption

"Kami banyakkan berhubung hanya melalui panggilan telefon sahaja.

"Kalau berjumpa pun apabila ada majlis keluarga seperti kenduri.

"Selalu juga keluar bersama pada malam tayangan perdana atas tiket jemputan," jelasnya.

Diajukan persoalan adakah perhubungan jarak jauh menjadi satu cabaran dan ujian, jelasnya ujian tidak mengenal tempat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!